Renang Selat Inggeris Azizan Ali

Beliau berhasrat mencipta rekod sebagai rakyat Malaysia tertua berenang menyeberangi Selat Inggeris pada Julai 2009. Renangan bermula dari Pelabuhan Dover, England ke Pelabuhan Calais di Perancis sejauh 40 kilometer. Kemudian berkayak pula kembali ke pelabuhan Dover dan dari situ akan mengayuh basikal sekitar pelabuhan Dover sejauh 40 kilometer.

Latihan renang terakhir dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Brasmana di perairan Thailand dan kemudian mengelilingi pulau tersebut terus kembali ke Kuala Perlis untuk mengayuh kenu mengikut laluan sama.

Beliau juga akan mengayuh basikal dari Kuala Perlis mengikut Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis hingga ke pusingan Lebuhraya Utara-Selatan di Changlun dan kemudian mengayuh balik ke Kangar.